Sejak banyak syarikat kini mewajibkan semua staf untuk kembali bekerja di pejabat, dah tentu perkara paling memeningkan kepala bagi setiap office ladies di luar sana, terutamanya yang berhijab adalah memilih jenis tudung yang bukan sahaja membuatkan anda tampil ayu, tapi kekal terbentuk sampai saat anda punch out!
Pemilihan material tudung adalah perkara pertama yang perlu anda titik beratkan jika mahukan tudung yang perfect terletak sepanjang hari dan yang paling penting, senang dibentuk dan tak mudah berkedut.
Jadi, untuk office ladies semua, jom Delisya beritahu anda material tudung macam mana yang paling perfect supaya anda kekal ayu dari waktu punch in, sampailah punch out!
Jangan lupa baca sampai habis kalau nak tahu material yang Delisya paling recommend untuk semua office ladies di luar sana!
Ini dia material tudung paling perfect untuk office ladies di luar sana:
1. Cotton
Sumber: Google.com
Material jenis cotton sangat sesuai disarungkan di kala anda mahu tampil kasual pada ‘hari malas’ anda. Selain tu, material jenis cotton juga sesuai dipakai ketika cuaca panas memandangkan jenis kain yang mudah menyerap peluh.
2. Voile
Sumber: Google.com
Mungkin anda dah jumpa banyak tudung dengan jenis material voile ni di luar sana. Material jenis ini menjadi pilihan ramai kerana fabriknya yang lembut dan selesa dipakai sepanjang hari.
3. Jersey
Sumber: Google.com
Haa, Delisya sure yang tudung jenis material jersey ni menjadi pilihan ramai office ladies di luar sana terutamanya bila dah terlewat nak ke pejabat, kan? Tudung material jersey yang stretchable dan selesa sering menjadi pilihan bila tengah rushing nak ke pejabat, atau ketika hon abang delivery dah berbunyi kat luar.
4. Premium Chiffon
Sumber: Delisya.my
Dalam banyak-banyak material tudung di luar sana, Delisya paling suggest material Premium Chiffon daripada Calista Series ni! Sebabnya, material ni bukan sahaja selesa dipakai sepanjang hari, tapi tak mudah berkedut dan awning anda akan sentiasa on point. Tambah pula, corak floral dengan warna yang menawan sure akan buatkan anda tampil lebih ayu daripada biasa!
Dah baca sampai habis dan tertanya-tanya mana nak dapatkan tudung daripada material Premium Chiffon macam kat atas ni?
Jom tengok koleksi Calista Series kat sini, mana tahu ada yang menarik hati anda: https://delisya.littlefanna.com/calista/